Raja lagenda dari Britain Caracalla

Lagenda Geoffrey dari Monmouth Sejarah Raja-raja Britain menjadikan Caracalla seorang raja di Britain, merujuk beliau kepada nama sebenarnya "Bassianus", bukannya nama gelaran Caracalla. Selepas kematian Severus, orang Rom mahu menjadikan Geta sebagai raja Britain, tetapi penduduk Britain lebih menyukai Bassianus di sebabkan ibu beliau adalah seorang penduduk Britain. Kedua-dua adik beradik ini berperang dan menyebabkan kematian Geta, dan oleh itu membolehkan Bassianus menaiki takhta. Beliau memerintah sehingga beliau diderhakai oleh sekutu-sekutu Picts beliau dan dijatuhkan daripada takhta oleh Carausius, yang mana berdasarkan Geoffrey, adalah seorang penduduk Britain, bukannya seorang Menapii Gaul yang merupakan asal beliau.[5]